A84: PEMBANGUNAN DAN PENERIMAAN SISTEM TUTORIAL HeatTempTS BAGI PEMBELAJARAN HABA DAN SUHU DALAM SAINS KEJURUTERAAN

Azira Binti Daud POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Topik Heat and Temperature, khususnya subtopik Latent Heat dan Thermal Equilibrium, merupakan antara topik penting dalam kursus Sains Kejuruteraan yang sering menimbulkan kesukaran kepada pelajar kerana melibatkan konsep abstrak dan pengiraan yang kompleks. Kajian ini bertujuan membangunkan serta menilai tahap penerimaan dan keberkesanan HeatTempTS (Heat Temperature Tutorial System) sebagai sistem tutorial interaktif bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dalam talian yang melibatkan 223 orang pelajar diploma di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif berdasarkan skor min bagi empat aspek penilaian, iaitu Fizikal Sistem, Penggunaan Sistem, Keberkesanan Sistem dan Penilaian Keseluruhan. Hasil kajian menunjukkan bahawa HeatTempTS diterima dengan baik oleh responden dengan purata skor min 3.24, 3.25, 3.26 dan 3.27 bagi keempat-empat aspek tersebut. Dapatan ini membuktikan bahawa sistem mudah digunakan, mempunyai paparan yang menarik serta berkesan membantu pelajar memahami konsep dan menyelesaikan pengiraan berkaitan Latent Heat dan Thermal Equilibrium. Kesimpulannya, HeatTempTS berpotensi menjadi alat bantu pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kursus Sains Kejuruteraan, di samping menyokong pembelajaran digital dan memperkukuh inovasi pendidikan TVET.

Kata kunci:         HeatTempTS, Sains Kejuruteraan, Heat and Temperature, Latent Heat, Thermal Equilibrium