A95: SMART STUDY PLATFORM FOR ENGINEERING MATHEMATICS

HASLIZA BINTI HALIM POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Pembezaan dan Pengamiran merupakan topik penting dalam Matematik Kejuruteraan, namun sering dianggap sukar kerana melibatkan pelbagai formula, langkah pengiraan dan kaedah penyelesaian. Analisis terhadap 549 orang pelajar mendapati bahawa 58.83% pelajar gagal dalam ujian DBM20173. Ini menunjukkan perlunya satu pendekatan pembelajaran yang lebih tersusun, interaktif dan berfokus.  Justeru, Smart Study Platform for Engineering Mathematics (SS-PM) dibangunkan sebagai pusat pembelajaran sehenti berasaskan Google Sites bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman, keyakinan dan keupayaan pembelajaran kendiri dalam topik Pembezaan dan Pengamiran. Keunikan SS-PM terletak pada pengintegrasian pelbagai sumber pembelajaran dalam satu platform. Nota ringkas disokong dengan teknik mnemonik dan akronim yang membantu pelajar mengingat konsep, formula serta langkah penyelesaian dengan lebih mudah. Aktiviti gamifikasi dan latihan penilaian kendiri pula menggalakkan pembelajaran secara aktif. Help Zone menyediakan akses terus kepada bahan pembelajaran berkaitan apabila pelajar menghadapi kesukaran menjawab soalan peperiksaan, manakala analisis trend peperiksaan menggunakan Gemini membantu mengenal pasti topik yang masih belum dikuasai pelajar. Analisis trend peperiksaan ini juga disertai cadangan CQI untuk dijadikan panduan pensyarah dan pelajar bagi penambahbaikan PDP. Penggunaan Google Analytics dan Looker Studio membolehkan pemantauan penggunaan platform secara berasaskan data. SS-PM boleh dicapai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan melalui pelbagai peranti tanpa pemasangan aplikasi. Platform ini berpotensi memperkukuh pembelajaran kendiri dan menyokong pensyarah dalam pembelajaran digital serta boleh digunapakai dengan mudah untuk pelbagai kursus teknikal. Ini menjadikan SS-PM sebagai satu produk inovasi yang fleksibel untuk digunapakai oleh politeknik atau institusi pendidikan lain.