NUR FATIMAH AISYAH BINTI SHAHRIL UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu
Penguasaan dhamir merupakan asas penting dalam pembelajaran Bahasa Arab, namun pelajar bukan penutur jati sering menghadapi kesukaran menguasai fungsi dan sebutan akibat perbezaan sistem fonologi dan pendekatan konvensional. Bagi mengatasi isu ini, AdDAMAIR dibangunkan sebagai inovasi pedagogi yang mengintegrasikan kaedah transliterasi rumi secara sistematik bagi memudahkan penguasaan enam dhamir asas. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan ketepatan sebutan, kefahaman makna dan penggunaan dhamir menerusi pendekatan berpusatkan pelajar. Keunikannya mengurangkan beban kognitif serta meningkatkan keyakinan pelajar. AdDAMAIR mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi sebagai modul, bahan digital interaktif dan aplikasi pembelajaran di pelbagai peringkat.