DR. SITI ZURINA BINTI MAARUF KOLEJ TINGKATAN ENAM (PRAUNIVERSITI) SHAH ALAM, SELANGOR
ABSTRACT :MODUL YOUTUBE JOM MASAK RINGKAS, MUDAH & SIHAT Pemakanan yang seimbang adalah asas kesihatan yang baik. Ia menyediakan nutrient penting seperti karbohidrat, protein lemak, vitamin, mineral dan air uang diperlukan badan kita untuk berfungsi dengan berkesan. Pemakanan yang betul dan seimbang memastikan semua keperluan nutrisi badan kita dipenuhi, menyumbang kepada kesihatan, tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Modul Jom Masak Ringkas dan Mudah bagi membantu pemahaman Pelajar Sains Sukan Semester 3 Kolej Tingkatan Enam raUniversiti) Shah Alam dalam tajuk Pemakanan Sukan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2014). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa implementasi dan penilaian. Fasa analisis keperluan bertujuan bagi mendapatkan tahap keperluan 34 orang murid dan 3 orang guru Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Shah Alam terhadap pembinaan model dan isi kandungan model melalui soal selidik yang diedarkan. Fasa kedua bertujuan bagi mengumpul elemen melalui temu bual dan perbincangan bersama-sama 3 orang Sains Sukan dan seterusnya membina model melalui kaedah Nominal Group Technique (NGT) bersama 10 orang pakar Sains Sukan daripada Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu, Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam . Fasa terakhir kajian bertujuan bagi mendapatkan nilai kesepakatan 34 (pelajar semester 3 dan 3 orang guru Sains Sukan ) terhadap kesesuaian dan kebolehgunaan modul melalui kaedah Fuzzy Delphi (FDM) berdasarkan borang soal selidik. Dapatan fasa pertama berdasarkan nilai min masing-masing 4.37 dan 4.63. Sebanyak 20 elemen telah dipersetujui oleh pakar terlibat bagi pembinaan model dalam fasa kedua. Dapatan fasa terakhir iaitu fasa implementasi dan penilaian pula menunjukkan keputusan ujian pra dan ujian post pelajar dengan mengunakan teknik Expose Factors. Modul yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam kajian lanjutan seperti pembinaan model aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penambahbaikan kurikulum pendidikan terutamanya di Malaysia, penggunaan sampel berlainan sektor pekerjaan berlainan dan kajian berkaitan kepenggunaan teknologi dalam pendidikan seperti era terkini pendidikan Alaf 21.Kata Kunci: NGT, ISM, FDM, prototype