TUN MOHD FIRDAUS BIN AZIS UiTM CAWANGAN PERLIS
Biologi KSSM mengandungi konsep, istilah, struktur dan proses yang kompleks serta saling berkaitan, namun bahan pembelajaran lazimnya dipersembahkan secara linear dan terpisah antara nota, rajah dan video. Keadaan ini menyukarkan pelajar mengenal pasti idea utama, membina hubungan konsep dan mengulang kaji mengikut kadar pembelajaran sendiri. Inovasi ini ialah inovasi pembelajaran komprehensif yang mengintegrasikan peta minda hierarki, ilustrasi saintifik, nota ringkas dan video penerangan. Inovasi ini merangkumi keseluruhan 28 bab Biologi KSSM, iaitu 15 bab Tingkatan 4 dan 13 bab Tingkatan 5, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta disokong oleh lebih 50 video. Kebaharuan BioVideo SPM terletak pada keselarasan sistematik antara bahan bercetak dan kandungan digital, apabila setiap konsep, rajah dan urutan proses diterangkan mengikut struktur nota yang sama. Kandungan ini telah mencapai lebih 2.5 juta tontonan dan 271,100 jam tontonan, yang menunjukkan penggunaan meluas dalam komuniti pendidikan. BioVideo SPM berpotensi memberi manfaat kepada pelajar, guru, sekolah dan pusat tuisyen melalui pembelajaran fleksibel dan tersusun. Dari sudut pengkomersialan, inovasi ini boleh dikembangkan sebagai modul bercetak berkod QR.