Irish Nuha Sofea Binti Syamsyul SMK Cannosion Convent Segamat
K-Lingo Smart Pen Bahasa Korea merupakan sebuah inovasi teknologi pendidikan yang direka untuk membantu pengguna mempelajari Bahasa Korea dengan lebih mudah, interaktif dan berkesan. Berkonsepkan “Read. Listen. Understand. Speak.”, pen pintar ini membolehkan pelajar mengimbas perkataan atau ayat dalam tulisan Korea (Hangul) untuk mendapatkan terjemahan, maksud dan sebutan secara terus. Projek ini selaras dengan Sustainable Development Goal 4 (SDG 4): Quality Education – Pendidikan Berkualiti. Kini, Sekolah Menegah di Malaysia wajib mengambil bahasa antarabangsa seperti mandarin, Perancis, Jepun dan lain -lain lagi. Pada tahun 2024, Bahasa Korea telah diperkenalkan sebagai bahasa antarabangsa di Sekolah Menegah di Malaysia. Namun begitu, bahan bantuan mengajar matapelajaran ini masih terhad kerana ia hanya baru memasuki tahun ke 3 di perkenalkan.Pelajar yang baru mempelajari bahasa Korea sering menghadapi kesukaran untuk memahami Hangul, sebutan, maksud perkataan dan struktur ayat secara serentak. Kaedah pembelajaran konvensional seperti buku teks dan nota memerlukan pelajar merujuk kepada banyak sumber secara berasingan.K-Lingo Smart Pen dicadangkan sebagai satu alat pembelajaran mudah alih yang menggabungkan teknologi dengan pembelajaran bahasa Korea dalam satu peranti. Pelajar hanya perlu menyentuh atau mengimbas perkataan Korea menggunakan pen. K-Lingo Smart Pen bukan sekadar sebuah pen pintar, tetapi inovasi yang menjadikan pembelajaran Bahasa Korea lebih mudah, interaktif dan menyeronokkan. Dengan konsep “Read. Listen. Understand. Speak.” K-Lingo membantu pelajar belajar secara kendiri pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selaras dengan SDG 4: Pendidikan Berkualiti, K-Lingo berpotensi menjadi solusi pembelajaran bahasa yang praktikal, mesra pengguna dan relevan dengan pendidikan masa hadapan.