DR MOHD HUEFIROS EFIZI HUSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Type
Abstrak
Kaedah fiqh merupakan prinsip umum hukum Islam yang dijadikan panduan menyelesaikan kemusykilan baharu berpandukan sumber utama al-Qur’an dan al-Sunnah. Pemahaman yang jelas terhadap kaedah fiqh membantu menyatu dan mengimbangi pandangan nas dengan realiti semasa terutamanya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Namun, kekeliruan pelajar dalam memahami peranan kaedah fiqh tersebut membuka ruang pandangan sinis terhadap keupayaan hukum Islam sebagai panduan mencapai keselamatan hidup membabitkan aspek sains dan teknologi. Bahkan, hal ini menyebabkan pemahaman kaedah fiqh hanya berlangsung ketika ketika sesi pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja. Oleh itu, kajian ini membentuk permainan interaktif ‘Fiqh Dart’ dengan menggabungkan pembelajaran dalam permainan menghubungkan interaksi pelajar dan pensyarah bagi bertujuan meningkatkan kefahaman aplikasi kaedah fiqh dalam isu semasa sains dan teknologi. Pelajar didedahkan dengan senarai isu semasa dan peletakan kaedah fiqh tertentu menerusi perbincangan secara berkumpulan. Hasil kajian mendapati, pemahaman sejumlah pelajar terhadap kaedah fiqh dan peranannya meningkat dengan cemerlang. Malah berjaya mendatangkan contoh baharu dan membentuk suasana perbincangan produktif. Kajian ini mencadangkan permainan interaktif ‘Fiqh Dart’ perlu diperluaskan dalam membina generasi mampan terhadap pelaksanaan inovasi berkeperluan berteraskan keseimbangan dunia dan akhirat yang sejahtera.
Kata kunci: Fatwa, Kaedah Fiqh, Sains dan Teknologi, Pengajaran.
Your Abstract Here!